Matlamat

 

"Kita perlu sentiasa bersedia melakukan perubahan dan beradaptasi dengan ekosistem teknologi semasa"

- YBhg. Senator Dato' Dr. Mohd Anuar Haji Rethwan, Pengerusi Lembaga Pengelola DBP dalam ucapannya dalam Majlis Perasmian Persidangan Antarabangsa Peristilahan (PERANTIS) 2024 


Petikan kalam di atas ialah benar kerana ia menjadi cerminan terhadap keadaan yang perlu kita sambut dan hadapi yakni kemampanan pangkat dan daya guna bahasa Melayu kian digugat-pudar. Maka oleh itu, keadaan ini menuntut sikap untuk melahirkan tindakan yang nyata, suai-guna dan logis utamanya dari segi penggubalan istilah. 'Perubahan' serta 'adaptasi' kebahasaanlah yang perlu kita lakukan utamanya dari segi sikap supaya berani dan kreatif dalam mencipta padanan untuk konsep-konsep asing supaya mudah difahami, disampaikan serta melambangkan pemikiran bangsa Malaysia kita.


Arakian, wujudlah blog ini sebagai sebuah ikhtiar yang kecil namun besar harap dan matlamatnya dalam menjadi suatu persimpanan istilah ilmiah, perbidangan dan rujukan yang sedia wujud dalam korpus bahasa kita untuk menangani kekurangan istilah tepat-makna dan berkesan.


Antara matlamatnya ialah:

1. Menyumbang pencenabetian (dokumentasi) untuk korpus bahasa Melayu

2. Menyerantakan padanan-padanan istilah jarang-jumpa yang dicipta oleh badan-badan rasmi, sarjana, tokoh yang berguna dan tepat-makna

3. Menjadi pangkalan sehenti untuk penyebaran maklumat berkenaan pengetahuan bahasa Melayu 

4. Menjadi pelantar pembentuk rangkaian penutur bahasa Melayu untuk berkenal, berserikat dan membangun bahasa Melayu di jagat maya

Ulasan