Ahli kaji berkerja menjalankan penelitian serta uji kaji
Galur Kata
Daripada ahli (kn. orang yg mahir atau mempunyai pengetahuan yg mendalam dlm sesuatu bidang, pakar)+ kaji (kk. melakukan kajian, penelitian dsb.)
Lambang ATA
- Baku, Johor-Riau [ah.li. ka.dʒi.]
Bahasa Melayu
1. seorang yang terpelajar dalam bidang tatakaji utamanya tatakaji alami
2. penyiasat bertatakaji
(Merriam-Webster Dictionary, "scientist")
Bahasa Inggeris
- scientist
- researcher
Contoh Ayat
1. "Sungguhpun "ahli kaji" dan "ahli haqiqat" mungkin melihat objek kajian yang sama ya‘ni ‘alam, tetapi "ahli haqiqat" mampu mencapai pengalaman ruhani (spiritual experience), justeru dapat melihat ‘alam ini pada tahap zahirnya, bahkan pada tahap batinnya. Akhirnya, ahli haqiqat akan berkesimpulan bahawa kepelbagaian dan keragaman kewujudan alam itu adalah bayangan kepada kesatuan Wujud Allah.
Oleh itu, dengan mengetahui di mana martabat "ahli kaji" yang lebih rendah berbanding dengan "ahli haqiqat", maka jelaslah peta ke‘ilmuan seorang ahli kaji Muslim (Muslim Scientist) untuk bergerak dari maqam yang lebih rendah, ke maqam yang lebih tinggi."
- Siaran Muhammad Teja (2017) di Facebook
Terbitan
- keahlikajian
- perahlikajian
- berahli kaji
Seertian
1. Inggeris saintis
Catatan Padanan
1. Digagaskan oleh Baba Ismail Sepanjang dalam rakaman kuliahnya Durr al-Nafis pada tahun 2017 dan dikembangkan serta didukung oleh Muhammad Teja (pengasas Akademi Jawi)
Ulasan
Catat Ulasan