Inderia (ايندريا)

 

Gambar ihsan Patsnap



Galur Kata

Penatamaknaan semula (resemantization) inderia ('alat perasa (pelihatan, pendengaran, penciuman, dll), deria') menjadi 'alat yang mampu menderiai sesuatu rangsangan dsb.'


Lambang ATA

  1. Baku [in.də.ri.ja.]
  2. Johor-Riau [in.də.ri.jə.]

Bahasa Melayu

1. peranti yang bertindak balas terhadap rangsangan jasadi (seperti haba, cahaya, bunyi, tekanan, kesemberanian ataupun gerakan tertentu)

- Merriam-Webster Dictionary, 'sensor'

Bahasa Inggeris

  1. sensor

Contoh Ayat

1. "Misai kucing bukan sekadar hiasan fizikal, tetapi misainya berperanan sebagai inderia (sensor). Kucing jadikan misainya untuk mengesan keadaan persekitarannya. Sebab itulah kadangkala kucing ini tak tengok kita pun, dia boleh tahu kalau kita cuba nak tangkap dia dari belakang."

- Siaran Zamir Mohyedin di Twitter (8 Ogos, 2022)


Terbitan

1. menginderia
2. berinderia
3. penginderiaan
4. inderiawan
5. perinderiaan

Seertian

1. penderia



Catatan Padanan

Jenis-jenis inderia:
1. inderia suhu
2. inderia tekanan
3. inderia kelengasan, inderia kelembapan
4. inderia kehampiran
5. inderia cahaya
6. inderia gerakan
7. inderia kedudukan
8. inderia sentuhan
9. inderia warna
10. inderia aras
11. inderia daya
12. inderia renah
13. inderia asap
14. inderia kuap
15. inderia olengan
16. inderia analog
17. jangka pecut
18. inderia kimia
19. inderia giat
20. inderia digital
21. inderia getaran
22. inderia alir

Ulasan