Mata-mata (مات-مات)

 

Mata-mata menjadi tonggak keselamatan awam negara



Galur Kata

Daripada mata-mata (orang yang mengintai atau mengintip), kata ganda separa dari mata.

Lambang ATA

  1. Baku [ma.ta ma.ta.]
  2. Johor-Riau [ma.tə ma.tə]

Bahasa Melayu

1. Pihak berkuasa warga awam sesuatu negara yang bertanggungjawab mencegah dan mengesan jenayah serta penjagaan ketenteraman dan keselamatan awam

Bahasa Inggeris

  1. police, a police officer

Contoh Ayat

1. "Mata-mata berperanan penting dalam menjaga ketenteraman awan.."

(The police play a very crucial role in maintaning public order.)


2. “Sebenarnya makcik hanya mencuba nasib mengikuti seorang kawan sekampung yang dapat surat tawaran menghadiri temuduga mata-mata (polis) di Mantin (Negeri Sembilan)."

- The Malaysian Insight (31 Ogos 2017): Kisah 'mata-mata' wanita pertama negara


3. "Bangunan Ibu Pejabat Polis, Sungai Petani terletak di Jalan Ibrahim, Sungai Petani. Bangunan Balai Polis ini dibina dalam tahun 1941 menggantikan Bangunan Balai Polis lama (1903) di Pekan Lama Sungai Petani. Ianya di ketuai oleh seorang pegawai berpangkat OCPD bernama Speers dan keanggotaannya mengandungi seorang Inspektor, seorang Sub-Inspektor, seorang Sarjan Major, 2 orang Sarjan, 4 orang Koperal dan 40 orang Mata-Mata (Polis Biasa). Hingga kini masih lagi digunakan sebagai Ibu Pejabat Polis Sungai Petani."



Terbitan

  1. bermata-mata
  2. pemata-mataan
  3. permata-mataan
  4. kemata-mataan
  5. dimata-matai
  6. mata-mata persekutuan


Seertian

1. Inggeris polis
2. Patani tuwè ddadu (tuan soldadu)
3. Kelantan, Terengganu pòklih


Catatan Padanan

1. Mata-mata Persekutuan (Federal Police)

Ulasan