Galur Kata
Daripada reka (kk. cipta, gubah) + tari (kk. menggerakan badan mengikut rentak muzik dll.)
Lambang ATA
- Baku [rɛ.ka ta.ri]
- Johor-Riau [rɛ.kə ta.ri]
Bahasa Melayu
- susunan langkah dan gerakan dalam tarian atau seluncur indah, utamanya belet atau tarian pentas yang lain
- cara kerja atau perbuatan mereka susunan pergerakan
- catatan bertulis untuk susunan gerakan sedemikian
Bahasa Inggeris
- choreography
Contoh Ayat
1. "Dementia Singapore telah bekerjasama dengan kumpulan tarian eksperimen Jepun, yang dipanggil Totsu-totsu Dance, yang pakar dalam reka tari khusus bertindak sebagai terapi bagi penghidap demensia."
- Berita Harian Singapura (18 September 2023): "Terapi tari Jepun, 'Totsu-totsu' bantu pesakit demensia"
2. "Zhang Xiaoxiao,berumur 28 tahun, pensyarah dalam jurusan reka tari di Universiti Henan. Beliau pernah tersenarai dalam enam penari terbaik dalam acara pertandingan profesional Asia Kejohanan Tarian Latin Antarabangsa."
- CRI Online (Bahasa Melayu) (26 April 2021): 'Zhang Xiaoxiao, Pensyarah Tarian Latih'
3. "Untuk rekod, sukan estetik gimnastik merupakan sukan berkumpulan yang menghimpunkan antara enam hingga 10 orang dalam satu pasukan dan menariknya sukan ini menggabungkan pelbagai variasi elemen disiplin sukan gimnastik yamg diadu bersama reka tari khas bagi menceritakan kisah di sebalik pemilihan tema lagu yang dipersembahkan."
- TV Sarawak (TVS) (10 Mei 2025): 'Sarawak yakin lahirkan atlet bertaraf dunia menerusi sukan estetik gimnastik'
Terbitan
- mereka tari
- direka tari
- perekatarian
- pereka tari
- bereka tari
Seertian
- koreografi (Ing.)
Akubuktian
- Kamus Inggeris Melayu Dewan, Cetakan Ketiga, m.s. xvii. Dewan Bahasa dan Pustaka. ISBN 983-62-2282-0
Ulasan
Catat Ulasan