Alat solèk kini kian lazim digunakan oléh kedua-dua jantina.
Galur Kata
Daripada alat (sesuatu barang yang digunakan dan diperlukan apabila melakukan sesuatu membuat pekerjaan) + solèk (keadaan pakaian atau keterampilan diri yang èlok).
Lambang ATA
- Baku, Johor-Riau [ʔa.lat. so.leʔ]
Bahasa Melayu
1. bahan yang dibubuh pada wajah atau badan yang dimaksudkan bagi menaikkan seri, kecantikan dan kekemasan penampilan
- Oxford Dictionary, 'cosmetics'
Bahasa Inggeris
- cosmetics
Contoh Ayat
1. "Alat solek memang mempunyai tarikh luput, dan jangka hayatnya lebih pendek daripada yang kita sangkakan. Jangka hayat alat solek bergantung pada jenis kosmetik dan bagaimana ia disimpan, dan samada ia tetutup atau terbuka. Semua alat solek akan tamat tempoh biasanya 2 tahun selepas dibuka. Kadang-kadang hanya 3 bulan untuk eye makeup."
- GreenAard: Tarikh luput alat solek
Terbitan
1. beralat solék
2. alat-alat solék
Seertian
1. Inggeris kosmètik
Catatan Padanan
1. pengiram, pemèrah pipi = blusher
2. pembayang mata = eyeshadow
3. sahap noda = concealer
4. pencuci solèk = makeup remover
5. gincu = lipstick
6. celak, pantis = eyeliner
7. bedak tabur = loose powder
8. bedak padat = compact powder
9. bedak alas, bedak asas = foundation
10. berus = brush
11. maskara = mascara
12. penyerlah, penyorot = highlighter
13. pènsèl kening = brow pencil
14. span = sponge
15. pembubuh = applicator
1. pupur = mask
2. minyak kelonyor, minyak kolong = eau de cologne
> minyak èsèn (Kdh.)
> minyak èsèn (Kdh.)
3. minyak wangi = parfume
> miinyak ukup, air bau (Trg., Klt.-Ptn.)
4. pencuci = cleanser
5. pelembap = moisturizer
> pelengas
6. krim matahari = sunscreen
> tabir suria (Id.)
Ulasan
Catat Ulasan